haaa..ari den nak kongsi resepi butir nangka pulop..heheh...sape yang nak buat boleh la nengok resepi den nie..hikhikhik...jadi org negori lop aku nie..(eh negori ke..)..hahahha...
aku baru je siap buat butir nangka..xmakan pon lagi..hihihihi...tggu en suami balik surau dulu..nak makan same2..best ckit...main suap2..hahhah...mengediksss je..hahhaha..
okkey kembali kepada topik asal
bahan-bahan yang diperlukan (dalam 7-8 orang)
1-4 cawan tepung beras pulut
2-air
3-sedikit kapur makan
4-sedikit garam
5-pewarna hijau
untuk kuah pulak
1-santan kotak (aku guna separuh kotak je)
2-gula (ikut tahap kemanisan korang suka)
3-1 sudu makan halba (aku xletak-xsuka)
4-garam
5-daun pandan
cara-caranya
masukkan sedikit air, sedikit kapur makan, secubit garam serta pewarna ke dalam bekas
masuk tepung sikit demi sikit, gaul dan pastikan adunan menjadi doh dan tidak melekat ditangan.
kemudian panaskan air sehingga mendidih, masukkan doh yang telah digetel sebesar ibu jari tangan baby (agak-agak la nak besar mne), bila dah masak ia akan timbul. bila dah timbul, terus cedok dan masukkan kedalam bekas yang berisi air..supaya xmelekat.
untuk kuah pulak, masukkan santan, gula, daun pandan, garam. masak sehingga mendidih. kemudian masukkan buti nangka yang digentel tadi. sedia untuk dihidang.
p/s : klu nak kuah banyak letak santan lebih begitu jugak dengan halba..klu korang suka la
abaikan bentuk gentelan tu erk..xde seni katakan..hihihihi |
No comments:
Post a Comment