perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 20 July 2013

Puding Kastard Koktel

Assalamualaikum

Baru-baru nie aku ade buat satu jenis pencuci mulut..alang-alang buat..aku nak kongsi la resepi kat sini..asalnya aku nak buat tuk makan berbuka puasa..tp disebabkan en suami balik lambat..aku masak malam tu..pas berbuka..pas en suami balik terawih leh la makan...kejap je..dan senang...moh kita terjah..hahhaha

bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat puding:
1cawan tepung kastard
5cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula

cara nak buatnya:
gaul gula, susu cair,air dan tepung kastard bersama-sama. pastu masak dengan menggunakan api yang sederhana..hendaklah dikacau selalu ye..kacau sehingga pekat. kebiasaannya dalam 15-20 minit je..bila dah pekat tu matikan api dan tuang dalam bekas..ikut suka hati la nak tuang dalam bekas kecik-kecik ke..or atau nak tuang dalam loyang..klu aku tuang dalam loyang je...senang dan cepat..hihihi..pastu biarkan ia sejuk sebentar..bila dah agak sejuk..bolehla dimasukkan di dalam peti ais...setelah beku..boleh la dihidangkan.

seterusnya bahan-bahan untuk kuah
1 tin koktel buah-buahan
1 tin susu cair
1 tin air (air bersih taw atau yang dah dimasak)
1 cawan gula
ais ikut suka hati

cmner nak buat???

sonang je...hahhah..kacau gula bersama dengan air (hingga hancur)..pastu bolehla tuang koktel dan susu cair..kemudian..ambik puding yang dimasak tadi dan masukkan kedalam mangkuk. setelah itu tuangkan kuah yang becampur koktel buah-buahan.klu nak tambah kesedapan..leh tambah ais..ikut suka hati nak sejuk cmner..hohohoo

kannnn...senangkan..aku buat..kejap je...ape lagi...pas bace resepi aku ni..sila la ke kedai cari bahan..buat untuk family..kompirm family suka..selamat mencuba..:)

nie contoh ye..aku ambik dr pakcik google nie..aku malas nak snap gambar..hohoho
thanks 4 reading

No comments:

Post a Comment