perkahwinan kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 2 July 2013

Jaga-Jaga Niat!

Hadis Qudsi
"Orang yang akan diadili paling awal ialah seorang yang mati syahid. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya.

Allah bertanya : 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?'

'Aku berperang di jalan-Mu sehingga aku gugur sebagai syahid.'

'Kamu tipu! Kamu berperang supaya kamu dipanggil wira. Dan gelaran itu telah diberikan.'

Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudiannya, seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran. Allah memperlihatkan kurniaanya yang pernah diberikan kepadanya.

'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?'

'Aku belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran kerana-Mu.'

'Kamu tipu! Kamu belajar ilmu supaya dipanggil orang alim dan kamu membaca al-Quran supaya digelar qari. Dan gelaran itu telah diberikan.'

Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudiannya, seseorang yang Allah berikan kemewahan. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya.

'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat ini?'

'Tidak ada satu jalan (kebaikan) pun yang Engkau sukai melainkan aku sedekahkan harta pada semua jalan tersebut.'

'Kamu tipu! Kamu melakukan supaya dipanggil dermawan. Dan gelaran itu telah diberikan.'

Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka."

(Riwayat Muslim)

gambar hiasan

 

2 comments:

  1. in the end, niat tu jugak yg penting..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. heheh...tu la..tiap perkara yang kita nak buat..kena pastikan niat kita betul dulu...u r welcome..:)

    ReplyDelete